DUNIA BUKU : GENESIS METAMORFOSIS SEBUAH TITIK PERUBAHAN


GENESIS METAMORFOSIS SEBUAH TITIK PERUBAHAN.

Dua Perkataan yang akan membuatkan kehidupan seseorang berubah, itulah Genesis Metamorfosis sebuah titik perubahan. .Samada menelusuri Jalan Kebaikan atau Jalan Kejahatan. .Setiap Perubahan yang berlaku bermula dengan titik tolak Peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. .Peristiwa tersebut boleh Jadi sesuatu yang Manis atau yang pahit yang Akan mempengaruhi "Genesis Metamorfosis" seseorang. .
.
Didalam jiwa manusia fitrahnya amat menyukai kebaikan, tanyalah sesiapa pun dikalangan manusia, tiada sesiapa pun yang menyukai hidup penuh kejahatan, Thanos dalam cerita Avengers pun sukakan kebaikan, tetapi peristiwa hitam yang dialami seseorang itu kadangkala memungkinkan berlakunya sebuah titik perubahan yang tersasar dari jalan kebaikan.
.
Orang Gila yang jujur dan ikhlas. .
Kebetulan abam baca buku ni dan tengok cerita Insan Terpilih di TV3, sesuatu yang kita boleh belajar dari 'orang gila'. .Orang Gila senyumannya ikhlas dan jujur, tiada agenda tersembunyi disebalik celahan gigi berterabur dan hitam itu. .Berbanding dengan layanan, dan senyuman sesetengah manusia yang mempunyai agenda. .Apabila seseorang pekedai menghampiri seorang lelaki berpakaian mahal dan berada, Dengan senyuman dan layanan yang baik dia mempromosikan barangannya, berbanding seseorang yang datang dengan pakaian biasa-biasa. .
.
Kita bukan sahaja mampu belajar dari guru di sekolah atau pensyarah universiti malahan kita boleh belajar dari orang gila yang tak punyai apa-apa melainkan senyuman yang diberikannya. .Kita jugak boleh belajar daripada orang yang dungu.
.
Inspirasi dari seorang 'Cleaner'. .
Ya, mereka inilah manusia yang mulia dalam masyarakat. Mereka sukakan kebersihan. Manusia yang berjasa menghapuskan kekotoran. Manusia yang sekiranya tiada mereka ini, mungkin akan berlaku bencana alam. .Tak mustahil kalau tiada mereka, air akan melimpah sehingga banjir kerana parit-parit atau longkang-longkang disumbat dengan ribuan sampah yang tak dikutip.
.
Jika tiada manusia-manusia seperti ini yang sanggup mengambil alih tugasan kita yang sepatutnya menjaga alam sekitar, sudah tentu akan merebaknya pelbagai penyakit kerana sampah-sampah yang bertimbun, kuman-kuman membiak. .Ingatlah, disaat kita memandang rendah kerja manusia-manusia seperti ini, kita sebenarnya memerlukan mereka. . Pernah terfikir teruknya hidup kita tanpa mereka?? Kawasan perumahan berlonggok sampah, kawasan tempat kerja kotor, Hospital juga kotor tak dibersihkan. .Bukan semua dikalangan kita yang sanggup melakukan tugas sedemikian. .Ucaplah 'Terima Kasih' jika bertemu mereka.
.
Seekor Tikus Kecil yang memberi Inspirasi (sekecil-sekecil perkara yang dianggap remeh)
Dulu ada seorang lelaki, dia baru sahaja menubuhkan syarikat perfileman bersama rakan-rakannya. .Masalah yang dihadapi beliau adalah beliau memerlukan sebuah watak utama untuk dijadikan sebagai ikon, identiti dan trademark syarikat mereka. .
.
Beliau mengajak rakan-rakan kongsinya untuk sama-sama bermesyuarat memikirkan watak apa yang ingin diperkenalkan oleh mereka dalam Syarikat tersebut.
.
Mereka buntu, dan tiada kesepakatan dalam mesyuarat tersebut, akhirnya lelaki tadi terlihat beberapa ekor tikus bermain-main dan berlari-lari dalam pejabat mereka. .Beliau mengajak rakan-rakannya untuk melihat gelagat tikus-tikus tadi dan mereka berasa senang, ketawa gembira. . Akhirnya mereka memutuskan untuk memperkenalkan watak tikus yang bernama 'Mickey Mouse' sebagai ikon syarikat perfileman mereka. .Syarikat itu adalah syarikat milik Walt Disney, seorang lelaki yang telah terinspirasi pada perkara remeh meski hanya dengan beberapa ekor tikus.
.
Mentaliti Makan Bersepah.
Semalam juga sambil-sambil melayani anak dan teman mereka makan di Restoran, abam lihat meja makan masih tetap sama, orang yang datang makan masih lagi tidak pandai mengemas dan menyusun pinggan-pinggan, gelas-gelas. .Dibiarkan bersepah diatas meja, berterabur dengan sisa makanan. .Yang mereka harapkan ialah, biarkan, nanti pekerja akan kemas dan angkat semuanya. .Kebetulan pekerja tu datang nak kemas meja, dia minta maaf sebab tak sempat kemas, dalam hati berkata perlu ke dia minta maaf atas perkara yang dia tak buat. .Kasihan abam tengok pekerja tu, tercungap-cungap dia cepat-cepat bersihkan meja tu. .Bukan susah pun sebenarnya kita nak buat, hanya tolong susun dan kutip sisa makan yang kita tumpahkan tu. .Bantu ringankan dan mudahkan kerja mereka. .Bayangkan kalau kita kemas selepas makan, dan orang lain datang nak duduk makan pun senang, begitu seterusnya, kita datang nak makan, orang lain dah kemaskan untuk kita, pekerja hanya datang ambil sahaja.
.
.
Bacalah buku ini, mudah-mudahan kita sama-sama terinspirasi dengan kandungan cerita yang ada dalam buku ini. .
.
Terima Kasih Sudi Membaca
Abam Mann
Cikgu Sekolah
Founder Maans Book Store

No comments:

Post a Comment