DOUTOKU DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK


DOUTOKU DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK
.
Pagi tadi abam tertengok Borak Kopitam, muncul Dato' Zulkifli. Dato Zulkifli ni adalah satunya anak Malaysia yang menerima Darjah Tertinggi oleh Maharaja Jepun, beliau menerima Darjah Order Of The Rising Sun Maharaja Jepun.



.
Beliau ni antara orang paling lama bekerja di Jepun dan beliau pernah menjadi Presiden dan Penasihat Alumni Dasar Pandang Ketimur (ALEPS). Beliau jugak antara yang terawal dihantar ke Jepun untuk Program Akademik Dasar Pandang Ke Timur. Beliau telah berkhidmat disana sejak tahun 1988.
.
Pagi tadi beliau mengulas Isu Pendidikan Kanak-kanak di Jepun. Sangat menarik perkongsian beliau, bagaimana kanak-kanak di Jepun diterapkan dengan DOUTOKU (pelajaran Moral). Doutoku ni dah wujud sejak zaman kebangkitan dan Pembaharuan Maharaja Meiji lagi. Kanak-kanak banyak diterapkan dengan nilai/moral berbanding pencapaian akademik. Beliau cerita, cucu beliau yang kini tinggal di Jepun diajar bagaimana sebelum masuk ke kelas menyusun kasut, tukar pakai kasut khas untuk dalam kelas, kemudian baju untuk ke sekolah adalah baju biasa, tapi bila masuk kelas tukar pakai Uniform untuk biasakan pengurusan diri anak-anak.
.
Antara Doutoku yang terkenal dan diamalkan disana ialah Doutoku 5 'S'. Bahkan di Malaysia juga dah diamalkan Prinsip ni. Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam dan Shitsuke (Sentiasa Amal).


.
Banyak lagi yang beliau ulas dan kongsikan sebenarnya. .Beliau juga ada menulis buku terbaru beliau berkenaan 27 Tertib/Prinsip Mazhab Bisnes Jepun. Bagi Abam, prinsip/tertib ni bukan sahaja semata-mata terpakai kepada Bisnes, tapi boleh mencakupi keseluruhan aspek Pengurusan/Bidang, samada Pendidikan, di rumah atau dimana-mana.




.

Dalam Islam sendiri sudah ada prinsip-prinsip tersebut, tetapi Negara Jepun sendiri telah mengamalkannya, walaupun ada yang tidak berapa sesuai dengan kita. Yang baik kita boleh ikut dan amalkan. Bukankah Allah telah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa supaya kita saling berkneal-kenalan.
.
Abam sangat cadangkan supaya kita dapat membaca buku ni bagi memikir dan menilai sendiri setiap prinsip/tertib yang dikemukakan oleh Dato Zulkifli Malek, semoga ianya dapat memberikan manfaat buat semua masyarakat.
.
.
Abam Mann
Cikgu Sekolah
Founder Maans Book Store
.
.


p/s : Layan anak dihujung minggu sambil ulang baca buku ni. .hehe.

No comments:

Post a Comment