KISAH SEEKOR BARAKUDA DAN IKAN KECIL


Di Woods Hole Oceanographic Institute penyelidik telah melakukan satu eksperimen terhadap ikan barakuda dan ikan-ikan kecil yang menjadi makanan kegemarannya.
.
Barakuda diletakkan didalam sebuah akuarium kaca bersama-sama dengan ikan-ikan kecil yang menjadi makanan kegemarannya, tetapi dibatasi atau dibuat pemisah antara Barakuda dan ikan kecil tadi dengan menggunakan kaca. .
.
Barakuda yang kelaparan cuba untuk memakan ikan-ikan kecil bersebelahannya yang ditutup dengan kaca, pannggggg!!!, aduih sakit bak hang!!!,
namun tidak berjaya, setelah berkali-kali dan berminggu-minggu barakuda tersebut berusaha, akhirnya ia putus asa. .Barakuda tersebut berhenti mencuba. .Kecewa dan frust menonggeng barauda tu. .
.
Setelah itu, pemisah kaca tadi dibuka, dan barakuda tetap masih ditempatnya walaupun sudah tiada halangan untuk ia memakan ikan kecil-kecil tadi. .Dalam sistem kepercayaannya, telah tertanam dengan kuat bahawa, tiada apa lagi yang boleh ia lakukan dan hanya sia-sia sahaja usaha untuk memakan ikan-ikan kecil itu. .
.
Akhirnya, ikan barakuda tadi mati kelaparan akibat sifat putus asa yang ditanam dalam sistem kepercayaan dirinya.
.
Satu pintu tertutup, pintu yang lain masih terbuka. .Masih ada jalan penyelesaian. .Jangan putus asa, tanamkan sistem kepercayaan yang baik dan positif dalam diri, bina dan terus bina.
.
Setiap orang mempunyai sistem kepercayaan yang berbeza. Sistem kepercayaan ini bergantung kepada apa yang diajar kepada kita, apa yang pernah dilalui, apa yang pernah didengar, dirasa dan dilihat.
.
Setiap tindak tanduk yang positif datangnya dari sistem kepercayaan kita, begitu jugak dengan tindakan negatif. .
.
Mungkin kita pernah ditipu, dibohongi, kena game dengan member-member, kena ambil kesempatan, sampai kadang-kadang tu kita rasa penat dan dah tak larat. .Jangan jadikan peristiwa yang pernah berlaku kepada kita sebagai halangan untuk terus berusaha. .
.
Apa yang kita boleh pegang dan yakin dengan bersungguh-sungguh ialah mafhum Firman Allah ni :
"Maka sesungguhnya, bersama kesusahan itu ada kemudahan". (Surah Al-Insyirah : 5).
.
Untuk Melompat 10 langkah kehadapan, kadang-kadang kita perlu berundur 1 langkah ke belakang, bukan bermakna kita lemah, tetapi untuk mencari dan mengumpul kekuatan.
.
Sekian, berhenti taip sampai sini dulu, terima kasih sudi baca.. Takda gambar ikan barakuda, kena cari sendiri macam mana rupanya ikan tu atau tanya dengan ABANG IKAN. .hehe

No comments:

Post a Comment