Buku ini ditulis oleh Teguh Iman
Perdana, seorang penulis, pemidato dan pelatih dipelbagai seminar. Buku ini sangat
digalakkan untuk dibaca oleh semua ibu bapa, pendidik dan masyarakat. Buku ini
membuka, sekali gus mengingatkan ibu bapa bahawa terdapat banyak cara yang
lebih elegan dalam mendidik anak dengan penuh budi pekerti tanpa perlu
menjejaskan emosi anak dengan perkataan “Jangan” dan “Tidak”.
Penulis memulakan
cerita dengan mengambil kisah seorang gadis bernama Irshad Manji sewaktu beliau
kecil. Beliau mendapat pendidikan yang sangat menyedihkan daripada ayahnya.
Seorang gadis kecil yang sudah terbiasa dengan ancaman belati yang tersisip
dipinggang ayahnya. Ini menjadi satu ancaman kepada beliau. Apabila beliau
dewasa, beliau menjadi salah seorang aktivis gerakan kewanitaan yang liberal
dan mengaku beliau adalah seorang lesbian. Inilah contoh salah didikan yang
menggunakan tenaga dan emosi negatif terhadap anak.
Didalam buku ini juga, penulis
telah membahagikan kandungan buku kepada 4 bab. Pada bab yang pertama buku ini,
penulis menekankan peranan ibu bapa sebagai model kepada anak. Kemudian penulis
menghuraikan mitos-mitos keliru yang sering berkait rapat dalam pendidikan anak.
Antaranya mitos bapa tegas bapa berwibawa, mitos bapa tidak pernah bersalah,
mitos pantang seorang bapa menangis dan mitos kawasan bapa bukan di rumah.
Pada bab yang kedua, penulis
mengajak pembaca iaitu ibu bapa, pendidik supaya membuat perubahan paradigma
dalam mendidik anak. Anak-anak mempunyai usia dan detik emas, bagaimana untuk
mendapatkan dan menghargai detik usia emas ini dengan baik agar memberikan
kesan yang mendalam kepada emosi anak untuk jangka panjang.
Bab yang ketiga, adalah bab yang
penting. Ia merupakan bab yang menghuraikan bagaimana mencari tenaga dan emosi
positif dalam pendidikan anak. Latihan demi latihan disarankan dalam buku ini,
antaranya, berlatih mengejar detik keemasan dan memberikan penghargaan, latihan
sabar dan menyahkan ego, latihan supaya tidak meremehkan anak, latihan seorang
bapa bercerita kepada anak, latihan bagaimana menjadi sahabat anak, dan latihan
bagaimana seorang bapa boleh meminta maaf kepada anak. Kerap kali apabila
seorang bapa apabila membuat sesuatu kesalahan kepada anak dan jarang sekali
meminta maaf kepada anak disebabkan mitos emosi lama atau paradigma lapuk yang
masih dipegang oleh bapa (superior-inferior).
Bahagian keempat buku ini
menerangkan tentang 7 rintangan yang bakal dihadapi oleh ibu dan bapa ketika
mendidik anak. Dalam setiap perubahan positif yang ingin dilakukan oleh ibu
bapa pasti ada rintannya. Sudah tentu tidak mudah untuk mengamalkan strategi
menjadi ibu bapa yang menyeronokkan seperti yang disarankan. Sebagai contoh,
berasa ragu sama ada tenaga dan emosi positif itu mujarab bagi mengatasi masalah klasik yang selalunya berlaku antara
ibu bapa dan anak.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Antara nilai pengetahuan dan
pengajaran yang dapat dihuraikan daripada buku ini ialah :
- Bagaimana cara kita bersabar dan menyahkan ego kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
- Mencari dan menghargai detik emas dan memberikan penghargaan kepada anak.
- Melatih diri bagaimana untuk menjadi sahabat anak, memuliakan anak, tidak meremehkan setiap perkara baik yang anak lakukan, melihat anak sama pentingnya dan kaedah bercerita untuk anak.
- Sebagai ibu bapa, perlu mengetahui bagaimana untuk menyalurkan tenaga dan emosi yang positif kepada anak walau dalam keadaan apa sekali pun. Sebagai contoh, satu kisah yang ditulis dalam buku ini ialah, seorang bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan penat, apabila tiba dirumah beliau menukar tenaga yang negatif tadi kepada positif. Apabila beliau tiba didepan pintu rumah beliau berlakon menjadi gajah yang sedang kehausan dan kepenatan lalu meminta anak-anaknya mengambilkan segelas air dan meminta anak-anaknya menyuapkannya minum dan makan.
- Bapa menjadi ketua yang bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat didikan yang secukupnya, bukan hanya menyerahkan tugasnya kepada si isteri untuk mendidik anak.
- Menjadi
seorang bapa yang mempunyai tenaga dan emosi positif bukannya terlalu sukar
sekiranya bapa itu mengetahui setiap rintangan atau hal-hal yang menjadi
penghalang kepada perkara tersebut.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
- Melatih cara bercerita yang sebenar kepada
anak-anak sewaktu PdP.
- Membuat latihan mencari detik keemasan dan
memberikan penghargaan kepada setiap penglibatan anak dan murid dalam PdP.
- Memandang sesuatu perbuatan baik anak dan
murid sebagai satu kelebihan dan tidak memenadang remeh hal tersebut.
- Melatih diri supaya menjadi sahabat dan rakan kepada anak dan murid.
- Sebelum memulakan sebarang ucapan dan tindakan kepada anak, hendaklah memandang atau melihat anak sama pentingnya antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment