Buku ini ditulis oleh Jamilah
Samian seorang Trainer Profesional Terlatih yang ditauliahkan oleh Institut
Pengurusan Malaysia. Beliau berpengalaman mengendalikan seminar merangkumi
topic pendidikan, Keibu-bapaan dan lain-lain. Buku ini adalah hasil kajian
terperinci beliau dan telah menemuramah ramai ibu bapa, guru dan remaja lelaki
bagi mendapatkan output yang maksimum. Selain itu, beliau juga berbincang
dengan beberapa pakar motivasi yang berpengalaman sekian lama berurusan dan
menangani masalah ribuan anak lelaki.
Kandungan buku ini salah satunya
membincangkan tentang penglibatan ibu bapa dan pengaruh keduanya terhadap anak
lelaki. Begitu juga dengan anak perempuan. Selain itu, buku ini juga
membahaskan tentang proses peningkatan dan penurunan motivasi dikalangan anak
lelaki. Anak lelaki yang kool dan hebat mempunyai tahap motivasi yang tinggi.
Bagi meningkatkan dan mengekalkan tahap motivasi yang tinggi dikalangan anak
lelaki supaya menjadi hebat adalah bergantung kepada sejauh mana keyakinan dan
kepercayaan yang diberikan oleh kedua ibu bapa kepadanya.
Penulis memulakan cerita dengan
kisah kehebatan anak lelaki, sebagai contoh penulis mengambil kisah seorang
penulis buku termasyhur My Left Foot yang ditulis oleh Christy Brown. Christy
Brown adalah seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami palsi serebrum sewaktu
kecilnya. Ketika beliau bayi, doktor memberitahu ibu bapanya bahawa masa
depannya gelap kerana teruknya kecacatan otak yang dialami oleh beliau. Tetapi
ibunya membantah dan berkata “ hanya badan anak saya yang tidak berfungsi,
bukan mindanya”. Satu-satunya bahagian badan yang boleh digerakkan oleh Christy
Brown adalah kaki kirinya. Suatu hari, dengan kaki kiri itulah beliau mencapai
sebatang kapur dan menconteng lantai, sejak hari itulah ibunya berazam untuk
mula melatihnya membaca dan menulis. Pada umur 12 tahun beliau telah memenangi pertandingan
lukisan kanak-kanak. Beliau mencipta sejarah sebagai penulis, penyajak dan pelukis
tersohor ketika itu.
Kisah kedua adalah kisah seorang lelaki buta yang
berjaya mendaki Gunung Everest, iaitu Erik Weihenmayer. Sewaktu beliau kecil,
beliau berasa kecewa dengan kecacatan yang dialami oleh beliau, tetapi bapanya
yang telah memberikan semnagat kepada beliau dengan menyoal dirinya apa yang
boleh dan tidak boleh beliau lakukan. Bapanya telah menghantar beliau ke
sekolah mendaki batu bagi orang-orang cacat penglihatan
Didalam buku ini juga, penulis
telah menerangkan tentang cara bagi seorang ibu dan bapa untuk berkomunikasi
secara efektif dengan anak lelaki. Disamping itu, penulis memberi cara dan
nasihat agar diterapkan sikap bertanggungjawab kepada anak lelaki. Penulis juga
menjelaskan cara menangani soalan “jadi kenapa?” yang sering diajukan oleh anak
lelaki.
Penulis juga menerangkan tentang
keistimewaan menjadi ibu dan bapa. Disamping itu, pendedahan terhadap
pendidikan seks yang perlu diterapkan kepada anak lekaki tentang apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh. Bahagian teakhir buku ini adalah berkisar tentang
keadaan dan suasana rumah, ini termasuk pergaulan dan komunikasi bagi ibu dan
bapa tunggal, ibu dan bapa tiri terhadap anak lelaki.
Jika hendak dihuraikan satu
persatu tentang buku ini amatlah banyak sekali. Buku ini sangat bagus dibaca
oleh semua ibu bapa, guru, doktor dan masyarakat. Segala kaedah yang
dikemukakan didalam buku ini hanya dapat dicapai hasilnya sekiranya ibu bapa,
guru mampu melaksanakannya, ini kerana buku ini adalah bersandarkan kepada
kajian-kajian dikalangan ibu bapa, anak lelaki, guru dan pakar-pakar yang
ditemubual.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Antara nilai pengetahuan dan
pengajaran yang dapat dihuraikan daripada buku ini ialah :
- Sikap
keyakinan diri yang perlu diterapkan oleh ibu bapa kedalam diri anak
lelaki.
- Memberikan
kepercayaan kepada anak lelaki dan dalam masa yang sama memantau
kepercayaan yang diberikan tanpa perasaan ragu dan prejudis.
- Setiap anak lelaki mahupun perempuan mempunyai kelebihan masing-masing, sebagai ibu dan bapa perlu menaikkan motivasi anak dengan mencari setiap kelebihan yang ada pada mereka. Salurkan kelebihan itu dengan cara yang betul, fokus, berusaha yang berterusan dapat mencapai matlmat yang diinginkan.
- Mengatasi setiap konflik antara ibu bapa dan anak dengan cara yang betul dan efektif.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
- Berkomunikasi
dengan efektif terhadap anak lelaki
- Berikan kepercayaan dan
keyakinan kepada anak lelaki, tetapi dalam
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri anak lelaki melalui latihan kerja rumah, bertanggungjawab 100 peratus keatas diri sendiri tanpa menyalahkan orang lain.
- Lebih banyak mendengar daripada banyak berkata-kata ketika mengendalikan masalah anak lelaki. Lebih banyak mendengar lebih mudah ibu dan bapa diterima oleh anak, lebih mudah anak mempercayai keduanya.
No comments:
Post a Comment