PRINSIP DALAM FILEM SUPER 30, KISAH CIKGU ANAND KUMAR


 PRINSIP DALAM FILEM SUPER 30, KISAH CIKGU ANAND



Sempat lagi abam layan cerita Super 30 ni. .Bagi Abam, cerita ni banyak memberi pengajaran yang abam boleh kutip untuk dijadikan sebagai inspirasi dalam apa jua bidang.
.
KEMAHUANYa inilah punca utama Cikgu Anand tekad untuk sambung belajar, jadi bila beliau tak dapat sambung untuk belajar, beliau tak matikan cita-cita dan kemahuan beliau disitu sahaja. . Beliau nekad untuk menubuhkan sekolah sendiri untuk membantu budak-budak miskin genius yang tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran mereka atas sebab faktor kewangan.
.
KEYAKINAN
Keyakinan ni umpama satu unsur kimia yang terpenting dalam fikiran. .Bila unsur tu bergabung dengan getaran fikiran, minda bawah sedar akan menyerap getaran tersebut dan menukarnya menjadi kekuatan rohani. .Cikgu Anand mempunyai tahap keyakinan yang sangat tinggi walaupun dipujuk oleh adik dan kekasihnya supaya tidak meneruskan rancangannya untuk mengajar murid-murid miskin secara percuma. .Cikgu Anand sangat yakin dengan IDEANYA dan PERANCANGANNYA untuk mewujudkan sebuah sekolah yang akan memberikan sinar baharu buat murid-murid miskin yang tercicir. .Apa sahja halangan dan ujian yang datang, beliau tetap YAKIN yang MATLAMAT beliau akan berjaya untuk memastikan murid-murid miskin tersebut boleh belajar dan berjaya menduduki peperiksaan untuk masuk ke ITT dalam waktu yang beliau telah tetapkan.
.
ILMU PENGETAHUAN KHUSUS
Kalau tengok cerita Super 30 ni, kita tahu yang Cikgu Anand ni ada PENGETAHUAN KHUSUS dalam bidang Matematik dan Fizik. .Beliau sangat mahir dalam selok belok bidang ni. .Beliau fokus kepada bidang yang dikuasainya untuk membantu murid-murid miskin tersebut. .Cikgu Anand ni tahu TEKNIK dan KAEDAH bagaimana untuk 'tackle' murid-murid tersebut supaya cepat faham dan mampu APLIKASIKAN konsep, teori ilmu yang mereka belajar dilapangan sebenar. .Cikgu Anand bukan sahaja ajar teori, dia siap bawa budak-budak ni belajar luar kelas, praktik terus apa yang mereka belajar, takde la murid-murid tu bosan. .Lagi cepat faham. .
.
KUASA IMAGINASI
Part atau bahagian ni yang abam suka tengok. .Bukan setakat Cikgu Anand yang berimaginasi, malah beliau sendiri ajar murid-murid tu berimaginasi untuk mendapatkan HASIL. .Sewaktu dalam kelas, cikgu Anand suruh murid-murid ni PEJAM mata, dia suruh budak-budak ni bayangkan mereka sekarang berada dalam sebuah Institusi (ITT) yang sangat diidam-idamkan oleh setiap murid. .Sambil budak-budak tu pejam mata, beliau 'guide' budak tu dengan meletakkan 'anchor' seolah-olah mereka berada dalam ITT tu, siap boleh rasa, duduk sebelah siapa, makan kat kantin yang mewah. .Tak berhenti disitu sahaja, cikgu Anand juga menggunakan kuasa IMAGINASI sewaktu menjalankan proses pengajaran dengan konsep-konsep yang telah budak-budak tu belajar, siap keluar macam hologram lagi. .huhu.
.
PERANCANGAN TERSUSUN
Cikgu Anand telah berjaya menukarkan KEINGINAN beliau kepada TINDAKAN. .Beliau bersama adiknya telah menyusun STRATEGI bagaimana untuk merealisasikan CITA-CITA dan MATLAMAT beliau. .Cikgu Anand sanggup berhenti kerja di ITT, dan mengatur perancangan untuk membina sekolah untuk murid-murid miskin tersebut. .Kalau tengok babak terakhir cerita ni, bagaimana perancangan yang selama ni disusun oleh Cikgu Anand dan muridnya berjaya membuahkan hasil, .Babak di hospital murid-murid beliau berjaya menggunakan semua konsep dan teori yang telah dipelajari dengan jayannya untuk mengalahkan musuh yang mahu membunuh cikgu Anand di hospital tu.
.
MEMBUAT KEPUTUSAN
Ini ciri-ciri kejayaan Cikgu Anand, beliau mempunya tempoh masa yang sangat singkat untuk merealisasikan cita-cita dan Matlamat beliau, jadi beliau terpaksa MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN CEPAT dan BETUL. .Beliau sudah tiada masa untuk bertangguh lagi walaupun terpaksa korbankan cita-cita beliau mengajar di ITT dan KORBANKAN CINTA beliau terhadap 'aweknya'. .Ada satu babak tu, murid-murid kelaparan dan Cikgu Anand dah tiada duit untuk menampung perbelanjaan makanan budak-budak tu. .Beliau terpaksa membuat keputusan untuk meminjam dengan pihak Bank, tapi pihak bank tak bagi. .Beliau buat keputusan lagi, terpaksa bertemu dengan Orang yang perkenalkan dia dengan ITT tu (dah lupa namanya) walaupun orang tu bermusuh dengan beliau. .Beliau terpaksa buat keputusan menerima syarat pertandinagn tu untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan makanan murid-murid miskin sekolahnya. .Walaupun akhirnya beliau berjaya mendapatkan bekalan makanan dari sebuah restoran yang mana beliau telah menggunakan ILMU MATEMATIK beliau untuk mengajar tauke restoran tersebut buat untung. .
.
KETABAHAN
USAHA BERTERUSAN supaya KEPERCAYAAN terus KEKAL. .Dalam filem ni, Abam dapat melihat KETABAHAN yang ditunjukkan oleh cikgu Anand. .Dari awal Cerita sampailah akhir. .Ketabahan ni la yang menjadi PRINSIP cikgu Anand sehingga beliau berjaya sehingga sekarang.
.
Filem Super 30 ni bagi Abam perlu ditonton dan dihayati bagi memberikan kesan dan inspirasi yang mendalam. .Cikgu Anand , beliau yang serba kekurangan dari segi kekayaan harta mampu bangkit menggunakan anugerah dan aset yang tidak ternilai yang beliau miliki iaitu MINDANNYA yang menjana IDEA, TULANG EMPAT KERATNYA berserta antara PRINSIP-PRINSIP BERNILAI TINGGI yang telah abam sebutkan kat atas tu. .
.

Sebenarnya Prinsip-prinsip yang abam nyatakan kat atas tu telah lama ditulis oleh seorang pengarang ni dalam bukunya THINK AND GROW RICH. .Penulis yang abam maksudkan tu adalah NAPOLEON HILL. .Beliau mengambil masa selama 25 tahun untuk menulis buku ni dan bertemu lebih kurang 500 individu yang telah berjaya dan kaya, lelaki dan perempuan. .Beliau satukan semua Prinsip-prinsip yang sama tersebut dalam buku tu. .
.
.
Terima Kasih Sudi Membaca😊
Cikgu Salman
Maans Book Store

No comments:

Post a Comment