ANAK TAK INGAT SIFIR?


ANAK TAK INGAT SIFIR?
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
ANAK TAK HAFAL SIFIR LAGI!!! ingin juga Cikgu kupaskan isu ini. Semasa CUTI SEKOLAH adalah masanya IBUBAPA mengambil peluang untuk membantu anak-anak mengatasi masalah TIDAK MENGHAFAL SIFIR... IBUBAPA boleh menggunakan pelbagai kaedah lain untuk menarik minat ANAK-ANAK mempelajari sifir.

"Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi math phobia. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis," Agnes Voo Tun Chuan.
No automatic alt text available.
Umumnya SIFIR adalah merupakan satu perkara asas yang amat penting bagi para pelajar untuk menguasai Mata Pelajaran Matematik dan apa jua mata pelajaran lain yang melibatkan proses pengiraan. Lazimnya pelajar yang dapat menghafal sifir akan dapat menguasai Mata Pelajaran Matematik berbanding pelajar yang kurang atau tidak dapat menghafal sifir.

Pun begitu masalah yang selalu dibangkitkan berkaitan perkara ini adalah berhubung MASALAH MENGHAFAL SIFIR. Sebenarnya saya sendiri kurang arif berkaitan dengan cara-cara menghafal sifir, walau bagaimana pun pada kebiasaannya sesuatu perkara yang kita hendak hafal itu tentulah kita fahami terlebih dahulu. Dalam konteks ini seseorang pelajar yang hendak menghafal sifir mestilah memahami bagaimana proses atau operasi pengiraan yang terlibat.

Beberapa faktor lain yang mungkin mempengaruhi ialah TAHAP IQ PELAJAR dan kerajinan menghafal dalam jangkamasa panjang secara berterusan. Sebagai misalannya seseorang Pemandu Teksi yang berulang alik dari Pekan Ranau ke Bandaraya Kota Kinabalu setiap hari untuk beberapa bulan atau tahun tentunya akan dapat menghafal selok belok jalanraya yang dilaluinya. Demikian juga seorang pelajar yang telah berusaha menghafal sifir sejak dari sekolah rendah lagi akan lebih berjaya menghafalnya berbanding seorang pelajar sekolah menengah yang baru mencuba melakukanya.

Disini Cikgu sertakan link satu laman web yang boleh IBUBAPA lawati untuk membimbing anak-anak mempelajari sifir. SATU KAEDAH YANG BOLEH MENARIK MINAT ANAK-ANAK ANDA MENGHAFAL SIFIR.

Berlatih sifir darab
Di sifirdarab.com anda dengan mudah dapat membuat latihan bagi semua sifir anda. Soalan aritmetik jelas dan mudah supaya anda boleh mula berlatih sifir dengan segera. Pilih salah satu sifir darab yang anda mahu buat daripada senarai di bawah dan tunjukkan kebolehan anda dalam ujian kepantasan atau cetak lembaran kerja yang hebat.

No comments:

Post a Comment