BUKAN SEKADAR HOME SCHOOLING





Home schooling bukanlah bermaksud anak-anak tidak dihantar ke sekolah dan ibu hanya mengajar mereka di rumah sahaja.
Tetapi sebenarnya, pendidikan anak-anak memang bermula daripada rumah! Ibu bapa adalah guru pertama yang mencorakkan cara pemikiran, memupuk disiplin masa, akhlak dan macam-macam lagi.
Ibu bapa akan dapat memahami karakter anak- dengan apabila selalu meluangkan masa berkualiti dan berbual dengan mereka.
Anak kecil belajar melalui apa yang dilihatnya. Apabila anak kecil sering melihat ibunya memegang telefon bimbit pada setiap masa, natijahnya anak akan merasakan bahawa telefon bimbit itulah yang lebih penting daripada dirinya.



Sehingga kini, saya masih dalam fasa pembetulan diri untuk membetulkan keadaan. Tidak mahu anak kecil ini berfikir bahawa telefon bimbit itu lebih penting daripada ibunya satu hari kelak. Pada masa yang sama, realitinya saya memerlukan teknologi untuk melakukan banyak pekerjaan. 

Dalam keadaan seperti inilah, saya perlu mengimbangi setiap kehendak agar ia berpada-pada dengan keperluan dan tanggungjawab semasa. Apa yang lebih penting, akibat persepsi yang dibentuknya sejak awal bakal mempengaruhinya untuk sukar mengawal diri daripada bermain gajet dan memberi ketagihan sehingga mengamuk/tantrum jika tidak dapat memegang gajet pada satu hari nanti. Astaghfirullahal'azim. 

Inilah cabaran ibu bapa masa kini. Teknologi mendekatkan yang jauh tetapi sebenarnya kitalah yang terlebih dahulu telah menjauhkan apa yang dekat. 

Bab ADAB MENYUSUKAN BAYI dalam buku Bukan Sekadar Homeschooling
Jom dapatkan naskah hebat Puan Khadijah Gani yang menulis buku BUKAN SEKADAR HOMESCHOOLING.

No comments:

Post a Comment